Khamis, 14 Julai 2011

bodohkah erin??

bodohkah erin?? bodohkah erin jika erin masih memujuk eizrul untuk kapel balik dengan erin? kawan-kawan erin semua cakap erin lah budak yang paling bodoh kalau erin masih nak kapel dengan dia setelah dia dengan selamber badaknya dating dengan makwe baru dia depan erin...erin tahu erin ni bodoh!! kenapa erin masih nak terhegeh-hegeh dengan dia sedangkan dia dah buat macam-macam kat erin.
tapi, serius erin cakap, erin tak pernah kisah dengan apa yang dia buat kat erin. sungguh erin tak kisah! yang pentingnya, kebaikan dia lagi banyak dari keburukan. erin bukan cakap  macam ni sebab terhutang budi ke apa tapi itulah yang sebenarnya. semua yang pernah dia lakukan untuk buat erin tersenyum dah banyak merubah hidup erin. dulu, erin tak percaya dengan cinta monyet dan erin tak pernah terfikir langsung nak ada cinta-cinta monyet ni sebab erin ni budak yang serius dan tak pernah fikir pasal kapel-kapel ni. dulu, (bagi erin) cinta monyet ni menyusahkan dan tak ada faedah langsung.  tapi bila dah tejebak dengan cinta monyet ni, memang erin dah tak boleh nak toleh belakang lagi sebab erin sayang sangat-sangat kat eizrul. sayang sangat!!
orang lain tak akan faham sebab erin yang lalui semuanya. 
hanya dengan eizrul aje erin kongsi segalanya. dia tak pernah kisah pun yang erin ni lahir dalam keluarga yang porak peranda dan di ambang kemusnahan. dia tak pernah kisah. dia lah yang selalu teman erin dan selalu dengar luahan hati erin kalau ibu dan daddy gaduh. dia tak pernah berkira dengan erin. sebab tu erin sayang sangat kat dia. tapi sekarang ni erin dah jadi sunyi balik sebab dia and erin dah tak ade ape-ape...:(

Sabtu, 9 Julai 2011

kak idayu

tak habis dengan masalah si Eizrul yang minta putus, kak idayu(my cousin) pulak buat hal. erin tak tahu la apa masalah budak tu.. bila ada masalah, pandai ye cari sepupu. sepupu tak sepupu, erin tak kira!! hati ni dah terlalu terguris dengan perbuatan dia pada keluarga kitorang.(x payah sebut kot kenapa)
untuk pengetahuan dia,,,,erin dah tak kuasa nak layan kerenah dia and dia punya family yang kalu dah senang mulalah buat-buat tak kenal kalau jumpa(terutamanya her mum).. tapi bila da susah, kitorang yang miskin ni lah yang mula-mula korang cari..banyak cantik muka korang!! nasib baik erin ni masih bertimbang rasa. masa si kak idayu tu call, erin jawab baik-baik..dah lah tak tanya kita ni free ke tak,terus bukak cerita yang dia gaduh dengan pakwe dia. erin ingat nak sembur je kasi dia senyap...erin ni bukan setakat gaduh, tapi dah putus pun dengan pakwe erin tapi tak adelah bising satu kampung! benda macam tu pun heboh ke? orang kata mengada-ngada, dia marah..nak cakap apa lagi??senyap jelah kita ni...
pastu, dah siap dia cerita pasal pakwe dia(dengan teresak-esak) terus cakap dia ade keje. ingat lepas dah release dia punya tension tu, nak tanya khabar kita.... hampeh tol larr....:(


i hate u!!

semalam, pakwe erin(ala...yg pokai+x cute+serabai tu larr) minta putus...kalau tak ingat yang dekat KBmall tu  ada ramai orang, memang erin guling-guling dah...nasib baik lah akal erin yang punyalah genius ni masih boleh berfikir dengan baik sekali. 
lepas balik rumah, erin termenung dalam bilik air...erin sendiri tak habis fikir kenapa dia nak break off...
padahal selama ni erin rasa erin dah buat sehabis baik untuk jadi girlfriend yang terbaekk...tapi kenapa dia buat erin macam ni?? benci...!benci...!benci...!
kalau dia cakap kenapa dia nak break off, erin masih boleh terima tapi dia buat bodoh je bila erin tanya kenapa dia nak putus.boleh tak korang bayangkan macam mana perasaan ni bila orang yang kita sayang buat kita macam tu?
walaupun selama ni erin selalu cakap dia serabai la,x hensem la,pokai la...tapi erin sayang dia...! dia aje yang faham perasaan erin. dia aje yang tahu nak jaga perasaan erin. dia jugaklah yang selalu pujuk erin kalau erinn merajuk. dia baik sangat...dan yang paling penting, erin sayang dia..!!!sayang sangat-sangat....




Rabu, 6 Julai 2011

why...why...why

hari ni saya sedih sangat. sebab my favourite cousin(kak idayu) dah lupa kat saya. tadi saya buka fb dia and semuanya penuh dengan dia punya gambar adventure dengan dia punya cousin belah ayah dia. tak ade pun dia letak gambar saya. saya tahu la saya ni tak cantik macam cousin-cousin dia tu. 
saya sedar siapalah saya ni kalau nak dibandingkan dengan mereka semua tu. tapi saya tak nak buruk sangka. mungkin dia tak ada gambar yang menarik kot dengan saya untuk dia letak dalam fb dia. tapi....
saya sendiri tak tahu apa yang saya tengah rasa sekarang ni. semuanya bercampur-baur. tapi yang pasti, perasaan sedih sangat menebal dalam hati ni. mungkin saya cemburu kot dengan cousin-cousin dia tu. iyalah, diorang ada peluang nak ambik gambar sama-sama memandangkan diorang duduk dalam satu kampung kat pahang. saya jugaklah yang duduk sorang-sorang kat kampung ni.bila saya kata duduk sorang-sorang tu bukan maknanya saya tak ada kawan dekat sini tapi lain betul tau dia punya feel bila dengan cousin sendiri atau dengan kawan. lain sangat! korang mungkin takkan rasa apa yang saya rasa. dilahirkan sebagai anak sulong perempuan dalam keluarga, saya amat mengharapkan ada seorang perempuan yang mampu saya jadikan tempat meluahkan rasa dan tempat berkongsi pendapat dan masalah orang perempuan selain dari ibu sendiri. dan, dengan cousin saya yang sorang tu lah tempat saya berkongsi segalanya. setiap kali musim cuti sekolah, saya akan menunggu kepulangan dia dan keluarga ke kampung. begitulah rutin saya dari kecil sampai besar memandangkan saya sudah terbiasa malah sangat terbiasa dengan kehadirannya di sisi saya. perbezaan umur yang hanya 2 tahun menjadikan kami amat rapat. tapi tu dulu. setahun kebelakangan ni, sejak kak Idayu kena marah dengan nenek sebab pakai baju ketat, dia macam dah tak berapa nak balik ke kampung. 
dan keluarga dia(especially her mum) pun macam terasa dengan teguran nenek. dan mak long(kak idayu's mum) dah tak rapat macam dulu dengan nenek. hari tu, masa ada kenduri(secret) saya tak nampak langsung mak long bercakap dengan nenek tegur nenek pun tak. selalunya, bila balik kampung, mak long akan duduk rumah nenek tapi kali ni tak. dia pergi duduk rumah saya punya mak sedara(dia punya adik) yang mana bersebelahan aje dengan rumah nenek. boleh tak korang rasa betapa tergurisnya perasaan nenek apabila anak perempuan sulungnya langsung tak nak bercakap dengan dia sebab dia tegur cucu sendiri. walaupun niat nenek baik??