Rabu, 6 Julai 2011

why...why...why

hari ni saya sedih sangat. sebab my favourite cousin(kak idayu) dah lupa kat saya. tadi saya buka fb dia and semuanya penuh dengan dia punya gambar adventure dengan dia punya cousin belah ayah dia. tak ade pun dia letak gambar saya. saya tahu la saya ni tak cantik macam cousin-cousin dia tu. 
saya sedar siapalah saya ni kalau nak dibandingkan dengan mereka semua tu. tapi saya tak nak buruk sangka. mungkin dia tak ada gambar yang menarik kot dengan saya untuk dia letak dalam fb dia. tapi....
saya sendiri tak tahu apa yang saya tengah rasa sekarang ni. semuanya bercampur-baur. tapi yang pasti, perasaan sedih sangat menebal dalam hati ni. mungkin saya cemburu kot dengan cousin-cousin dia tu. iyalah, diorang ada peluang nak ambik gambar sama-sama memandangkan diorang duduk dalam satu kampung kat pahang. saya jugaklah yang duduk sorang-sorang kat kampung ni.bila saya kata duduk sorang-sorang tu bukan maknanya saya tak ada kawan dekat sini tapi lain betul tau dia punya feel bila dengan cousin sendiri atau dengan kawan. lain sangat! korang mungkin takkan rasa apa yang saya rasa. dilahirkan sebagai anak sulong perempuan dalam keluarga, saya amat mengharapkan ada seorang perempuan yang mampu saya jadikan tempat meluahkan rasa dan tempat berkongsi pendapat dan masalah orang perempuan selain dari ibu sendiri. dan, dengan cousin saya yang sorang tu lah tempat saya berkongsi segalanya. setiap kali musim cuti sekolah, saya akan menunggu kepulangan dia dan keluarga ke kampung. begitulah rutin saya dari kecil sampai besar memandangkan saya sudah terbiasa malah sangat terbiasa dengan kehadirannya di sisi saya. perbezaan umur yang hanya 2 tahun menjadikan kami amat rapat. tapi tu dulu. setahun kebelakangan ni, sejak kak Idayu kena marah dengan nenek sebab pakai baju ketat, dia macam dah tak berapa nak balik ke kampung. 
dan keluarga dia(especially her mum) pun macam terasa dengan teguran nenek. dan mak long(kak idayu's mum) dah tak rapat macam dulu dengan nenek. hari tu, masa ada kenduri(secret) saya tak nampak langsung mak long bercakap dengan nenek tegur nenek pun tak. selalunya, bila balik kampung, mak long akan duduk rumah nenek tapi kali ni tak. dia pergi duduk rumah saya punya mak sedara(dia punya adik) yang mana bersebelahan aje dengan rumah nenek. boleh tak korang rasa betapa tergurisnya perasaan nenek apabila anak perempuan sulungnya langsung tak nak bercakap dengan dia sebab dia tegur cucu sendiri. walaupun niat nenek baik??

Tiada ulasan: